Pegawai SPRM Diberi Tempoh Sebulan Untuk Isytihar Harta – Abd Halim

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 2:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melengkapkan pengisytiharan harta dalam tempoh sebulan bermula hari ini, lapor Buletin TV3.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan Pekeliling Kerahsiaan Maklumat serta Pekeliling Pengisytiharan Harta SPRM.

Menurut beliau, walaupun arahan berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini, setiap pegawai diberikan tempoh selama sebulan untuk melengkapkan proses pengisytiharan tersebut.

Image from: Pegawai SPRM Diberi Tempoh Sebulan Untuk Isytihar Harta – Abd Halim

Foto arkib: Bernama

Arahan itu diumumkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM di Ibu Pejabat SPRM, yang merupakan pertemuan rasmi pertama bersama ketua-ketua bahagian selepas mengambil alih kepimpinan agensi berkenaan pada 13 Mei lalu.

Dalam mesyuarat sama, Abd Halim turut mengarahkan semua pengarah bahagian membudayakan persekitaran kerja yang positif, di samping memberi tumpuan kepada pembangunan bakat pegawai sebagai persediaan melahirkan barisan kepimpinan masa depan.

Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan yang tersusun dan hala tuju yang jelas perlu menjadi keutamaan dalam memastikan kecemerlangan organisasi.

“Kecekapan pengurusan adalah penanda aras utama kejayaan organisasi, melangkaui pencapaian operasi semata-mata dan kejayaan organisasi ini bukan hanya diukur melalui pencapaian operasi, tetapi juga melalui kecekapan pengurusannya.
“Jadi pengarah-pengarah perlu membangunkan bakat pegawai di bawah seliaan, membentuk budaya kerja positif dan memastikan hala tuju yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan.
Image from: Pegawai SPRM Diberi Tempoh Sebulan Untuk Isytihar Harta – Abd Halim

Foto arkib: Bernama

Menurut Abd Halim, SPRM akan terus komited memperkukuh pengurusan strategik, tadbir urus serta akauntabiliti bagi memastikan organisasi terus berfungsi secara berintegriti.

Beliau turut mengingatkan supaya pegawai yang mengikuti latihan di luar negara berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bagi meningkatkan kompetensi seluruh pasukan.

“Setiap warga kerja juga perlu menyemai rasa kebersamaan yang mendalam terhadap organisasi agar sentiasa proaktif untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi SPRM agar terus relevan, dihormati serta diyakini masyarakat,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 (Ilah Hafiz Aziz)

The post Pegawai SPRM Diberi Tempoh Sebulan Untuk Isytihar Harta – Abd Halim appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved