PRN Johor: 15 calon Bersama isytihar harta secara Akuan Bersumpah

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: 15 calon Bersama isytihar harta secara Akuan Bersumpah
Selain pengisytiharan harta calon, Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir.

JOHOR BAHRU - Kesemua 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).

Bersama dalam kenyataan memaklumkan, calon juga akan menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.

"Perincian mengenai penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman sesawang Bersama untuk akses orang ramai bermula 10 malam esok,” menurut kenyataan itu.

Selain pengisytiharan harta calon, Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir.

Bersama memaklumkan majlis pengumuman calon bagi PRN Johor akan diadakan pada 8 malam esok di ruang parkir Paragon Market Place di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved