Peguam Ahmad Zaharil masuk ICU, anak mohon doa orang ramai

4 Jan 2025 • 2:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi TikTok, Eva Zarina berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan bapanya sambil meminta ruang untuk beliau fokus sepenuhnya pada rawatan.

@evarizarina

Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan saya juga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau. Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua❤️ #peguampencilbox

♬ son original – Easy Piano

“Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan saya juga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau.

“Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua,” tulisnya di ruangan kapsyen TikTok.

Datuk Ahmad Zaharil pernah tular di media sosial apabila kisah beliau membantu seorang wanita susah yang dituduh mencuri kotak pensil demi anaknya dikongsikan semula. Keprihatinan beliau dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik menjadikan beliau dihormati sebagai peguam rakyat.

Di media sosial, beliau selalu memberikan nasihat guaman secara santai. Gelagat mesranya ketika menjelaskan perkara berkaitan undang-undang menarik perhatian ramai, sehingga beliau digelar “peguam rakyat.”