‘Peguam Kotak Pensel’ Datuk Ahmad Zaharil Masuk Hospital Akibat Serangan Jantung

LocalHealth & Fitness
5 Sep 2025 • 11:31 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar atau lebih dikenali sebagai peguam kotak pensel, dilaporkan dimasukkan ke wad sebuah hospital selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan isterinya menerusi akaun TikTok Kak Engku Effa yang turut berkongsi gambar Ahmad Zaharil sedang menerima rawatan.

“Kepada sahabat maya saya, tolong doakan suami saya, Tok Mat sembuh seperti sediakala. Anugerahkanlah kesembuhan buat suamiku ya Allah, agar dia boleh terus berbakti kepada orang yang memerlukan,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri doa orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau kembali pulih.

“Semoga Tok Mat diberi kesembuhan seperti sediakala,” tulis seorang pengguna.

“Ya Allah, saya doakan Datuk Zaharil sembuh sediakala. Banyak fikir Datuk ni, rehat ya,” tambah yang lain.

Kisah Kotak Pensel

Nama Ahmad Zaharil pernah tular sekitar tahun 1998 apabila beliau membantu seorang wanita tukang cuci yang ditangkap mencuri bekas pensel untuk anaknya. Kisah itu dikenang sehingga kini apabila anak wanita terbabit, yang kini berusia 30-an, muncul semula sebagai seorang peguam dan mencari Ahmad Zaharil.

Pernah Wakili ‘Abang Bas’

Pada September lalu, Ahmad Zaharil turut menjadi peguam pro bono mewakili seorang pemandu bas yang berdepan pertuduhan berkaitan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Orang ramai kini terus menitipkan doa agar beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Sumbangan dan jasa Ahmad Zaharil dalam dunia guaman sentiasa dikenang, malah ramai berharap beliau segera pulih untuk terus menjadi suara pembela kepada mereka yang memerlukan. – The Malaysian Update

The post ‘Peguam Kotak Pensel’ Datuk Ahmad Zaharil Masuk Hospital Akibat Serangan Jantung appeared first on The Malaysian Update.