‘Peguam Kotak Pensel’ Dimasukkan Ke ICU, Alami Serangan Jantung – “Tolong Doakan Kesembuhannya…”

LocalHealth & Fitness
6 Sep 2025 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam yang dikenali dengan jolokan peguam kotak pensel, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan dimasukkan ke wad sebuah hospital akibat serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Datin Raja Adzfa Wati Raja Adzman menerusi akaun TikTok di mana dia telah berkongsi gambar peguam berkenaan sedang dirawat di dalam wad.

Kepada sahabat maya saya sekalian, tolong doakan suami saya, Tok Mat sembuh seperti sediakala, serangan jantung.

Engku Effa turut berdoa agar suaminya diberikan kesembuhan agar dapat terus berbakti kepada orang-orang yang memerlukan.

image is not available

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut membuat siaran langsung di akaun TikTok suaminya dan berkongsi keadaan terkini Ahmad Zahiril.

Ya, Datuk ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sekarang disebabkan serangan jantung.

Hantaran tersebut meraih perhatian dan mendapat pelbagai komen-komen daripada netizen yang turut mendoakan kesembuhan Ahmad Zahiril.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-08 20:15:06

"Saya Ada Masalah Jantung Tahap Tiga" - Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Orang Anak, Isteri Pula Larikan Diri