Kota Kinabalu: Peguam Datuk Ram Singh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya integritinya terjejas berhubung satu kes di Mahkamah Kanak-Kanak.
Dalam kenyataan tegas pada Khamis, Ram menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak benar, berniat jahat dan bertujuan mencemarkan reputasi profesionalnya.
“Sepanjang masa, saya menjalankan tugas mengikut standard etika tertinggi profesion guaman serta peraturan tatakelakuan profesional.
“Sebagai pegawai mahkamah, kewajipan saya adalah menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan saya telah melaksanakan kewajipan itu dengan penuh tanggungjawab dalam kes ini,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menerima, meminta atau dipengaruhi sebarang sogokan daripada parti politik atau mana-mana pihak, mahupun membiarkan pertimbangan tidak wajar mempengaruhi penghakimannya.
“Saya menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan tohmahan tidak berasas ini. Sekiranya fitnah ini berterusan, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya untuk melindungi nama baik dan kedudukan profesional saya,” tegasnya.