Peguam Negara tidak campur tangan urusan kembalikan Suhaily kepada PDRM

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 12:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Peguam Negara tidak campur tangan urusan kembalikan Suhaily kepada PDRM

SHAH ALAM, 31 OKT: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak campur tangan dalam urusan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas tamat penempatan beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, perkara itu merupakan urusan pentadbiran kementerian berkaitan, manakala peranan AGC hanya memberikan pandangan dari sudut perundangan.

Bagaimanapun, beliau berkata AGC setakat ini belum mengemukakan sebarang pandangan rasmi kerana perkara berkenaan masih belum dirujuk kepada jabatan itu.

"Bagaimanapun setakat ini kita belum memberi pandangan rasmi kepada pihak berkaitan kerana kes berkenaan belum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan dan menyerahkan Prasarana Rekreasi Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Kampung Kok Lanas, hari ini.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM selepas beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah AKPS menerusi skim peminjaman kader.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata keputusan itu dibuat minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Dusuki berkata AGC akan mengambil tindakan serta memberikan nasihat perundangan sekiranya perkara berkenaan dirujuk kepada jabatan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved