
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap orang pasti ada satu benda dalam hidup mereka yang penuh dengan kenangan dan sukar untuk dilepaskan.
Apatah lagi jika barang itu diberi oleh yang tersayang dan telah menjadi ‘peneman’ sejak kecil.
Antara barang yang sinonim dengan zaman kanak-kanak yang kadangkala dibawa hingga dewasa adalah selimut, baju dan bantal busuk.
Kalau hilang barang sebegini, tak lengkap rasanya hidup seseorang itu. Namun, sebagai manusia, terpaksa juga menerima kenyataan sekiranya barang itu hilang dan tiada di depan mata.
Pemuda Dapat Balik Bantal Busuk Yang Hilang Selama 4 Tahun
Siapa sangka, seorang pemuda akhirnya mendapat semula bantal busuk yang hilang selama empat tahun.
Kongsi pemuda berkenaan di TikTok @muniswaranharirama, bantal busuk itu merupakan penemannya sejak dari tahun 1996 sehingga 2019.
Namun, barang tersebut hilang pada Mac 2020 ketika dia berpindah ke rumah baharu.
“Inilah bantal busuk dari umur empat tahun. Last tahun 2020 pindah rumah, ingatkan tercicir dekat mana-mana,” kongsinya.
Rakan Simpan & Bagi Balik Bantal Busuk Sempena Hari Jadi Yang Ke 34 Tahun
Rupa-rupanya bantal tersebut bukanlah hilang namun disimpan oleh rakan baiknya selama empat tahun yang lalu sebelum menjadikannya sebagai hadiah hari jadi ulang tahun kelahiran pemuda berkenaan yang ke-34.
Menariknya, bantal busuk tersebut diletakkan dalam kotak kaca siap dengan tempoh hayat yang bermula dari 1996 sehingga 2019.
Malah dalam kotak tersebut, turut disertakan dua gambar pemuda berkenaan sewaktu kecil.
Melalui perkongsian itu juga, pemuda berkenaan menyifatkan hadiah bantal busuk berkenaan sebagai unik dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakannya itu.
“Unikla, berbeza. Terima kasih. Terima kasih, saya memang hantu bantal busuk,” katanya lagi.
ne lh bantal busuk tambi dari umur 4 tahun, last 2020 pindah rumah ingtkan tercicir or tertinggal kt mana2, rupa2 nyer member katek tambi ne simpan selama selama 4 tahun semata2 nk bagi gift hari jadi tambi bulan january 😭
Perkongsian Curi Perhatian Pengguna Media Sosial
Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat bantal busuk milik pemuda berkenaan yang diletakkan dalam kotak kaca itu.
Malah, ada yang menyamakannya dengan benda lain seperti batu tungku dan mumia dek kerana keadaannya yang sedemikian.
Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama mempunyai bantal sedemikian walaupun telah menginjak dewasa.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“The Real Harta Pusaka”

“Kalau Aku Dapat Confirm Menangis Ni, Sebab Selama Ini Semua Dibakar”

“Saya Pun Ada, Dari 1997 Sampai Sekarang Masih Ada, Tersergam Indah lagi”

“Cuba Tanya Member, Macam Mana Diorang Pegang & Letak Dalam Kaca”

“Kita Geng, Dari Bujang Sampai Anak 4 Masih Ada Lagi, Nak Buat Frame Juga La”

“Untungla Masih Ada Bantal Busuk, Aku Dulu Masa Umur 20 Tahun Balik Kerja Tahu-Tahu Mak Dah Buang”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare Ni” – Lelaki Dapat Hadiah Kahwin Dua Set Sport Rim Buat Ramai Teruja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: BFF Berlainan Bangsa Buat Pengantin Terharu, Bagi Gelang Emas Sebagai Hadiah Perkahwinan [Video]
Source:

![Rakaman CCTV Dedah Situasi Sebenar Budak 4 Tahun Diserang Anjing Liar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)



![“Bahagia Sebenar”- Keluarga Datang Berbuka Dengan Pengawal Di Sekolah Buat Ramai Terharu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)