Wanita Kecewa Bubur Kacang Hijau Dibeli Di Bazar Ramadan Cair Macam Air [Video]

LocalFood
4 Mar 2025 • 9:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada hari ini (4 Mac) sudah tiga hari semua umat Islam di negara ini menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Tak dinafikan kemeriahannya masih sama apabila ramai yang berebut-rebut untuk melakukan ibadah dan kebaikan kepada semua di bulan mulia ini.

Tidak kurang juga ada yang berniaga di bazar Ramadan untuk memudahkan orang ramai mencari juadah berbuka.

Sebut mengenai bazar Ramadan pasti ada yang sudah dapat membayangkan keadaannya serta pelbagai jenis makanan yang dijual daripada lauk-pauk sehinggalah ke pencuci mulut.

Wanita kecewa dengan makanan dibeli dari bazar Ramadan

Baru-baru ini, seorang wanita menzahirkan rasa kecewa apabila makanan yang dibeli dari peniaga di bazar Ramadan tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aliah di TikTok, kelihatan dia telah berkunjung ke bazar Ramadan dan membeli satu mangkuk bubur kacang hijau.

Tekstur bubur kacang hijau seperti air

Sampai di rumah dia kemudian membuka bubur kacang tersebut, namun apa yang menjadi perhatian ketika Aliah mengacau pencuci mulut tersebut kelihatan ia begitu cair.

Malah tekstur bubur kacang tersebut dilihat seperti air dan membuatkannya seperti tidak menyelerakan untuk dijamah.

“Bubur air bazar,” tulis Aliah di ruang kapsyen.

Video undang pelbagai reaksi di kalangan pengguna, ada yang suruh masak sendiri

Melihat di ruangan komen, video perkongsian Aliah itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

Ada segelintir yang memintanya untuk membuat bubur kacang berkenaan sendiri memandangkan dia kecewa dengan perkara itu.

Namun Aliah mengatakan dia hanya berbuka berseorangan, dan akan membuatnya sekiranya ramai yang berada di rumah.

Ada juga yang mengatakan harga santan begitu mahal maka adalah lebih baik jika ia dibuat sendiri.

Ada yang minta peniaga jujur dalam melakukan perniagaan

Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkara itu kerana peniaga perlulah bersikap jujur dalam perniagaan.

Tidak kurang ada yang berpendapat adakalanya segelintir individu mempunyai kekangan masa seperti tidak sempat memasak disebabkan bekerja dan sebagainya.

Malah ada yang mengatakan sekiranya peniaga tidak pandai memasak maka jangan berniaga kerana ia hanya akan menganiaya pelanggan.

Harga santan naik mendadak

Menerusi semakan kami, bahan utama yang digunakan untuk membuat pencuci mulut berkenaan iaitu santan sememangnya mengalami kenaikan harga yang tidak masuk akal sejak beberapa bulan lalu.

Malah media melaporkan berlaku kenaikan sehingga 25% hingga ada pembekal yang menaikkan harga santan mencecah RM20 sekilogram.

“Dah kenapa suruh akak ni buat sendiri pulak. Dah tu apa fungsi pergi bazar?”

image is not available

“Tak payah nak pening-pening, santan kan mahal. Kalau saya buat sendiri”

image is not available

“Dia bukan soal buat sendiri, dia soal masa nak buat. Yang menganggur jadi suri rumah boleh lah. Lagi satu beli dekat gerai yang tahu sedia sedap saja, yang baru nak berniaga itu abaikan.”

image is not available

“Tahulah santan dah mahal, begini berniaga bubur kacang? Kesian pembeli”

image is not available