Pejabat Daerah, JHL kerjasama hadapi ancaman buaya

LocalEnvironment
24 Jul 2026 • 5:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pejabat Daerah, JHL kerjasama hadapi ancaman buaya

KUNAK: Pejabat Daerah bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah serta agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa bekerjasama dalam mendepani ancaman buaya akibat konflik habitat reptilia itu serta risiko keselamatan terhadap penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan yang juga Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman berkata orang awam turut berperanan dalam menyalurkan maklumat segera kepada Jabatan Hidupan Liar atau Pejabat Daerah berkaitan kehadiran atau penampakan haiwan liar itu di mana-mana kawasan umum, rekreasi atau berhampiran penempatan mereka agar tindakan segera menangkap atau memburu buaya dapat dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Salurkan maklumat penampakan buaya kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil dengan segera,” katanya ketika dihubungi Daily Express mengenai kelibat seekor buaya dewasa di kawasan pinggir Pantai Sarina Kunak yang dimuat naik dalam satu rakaman video, dan tular di media sosial pada Isnin.

Majaran turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan termasuk mengelak aktiviti air seperti mandi atau memancing di sungai atau kawasan-kawasan tertentu yang didapati berisiko terhadap ancaman reptilia itu.

Katanya, pemilik taman rekreasi, atau mana-mana kawasan sungai dibawah seliaan agensi berkaitan memainkan peranan bersama dalam perkara ini termasuk memberi peringatan kepada umum seperti pemasangan papan tanda amaran kepada pengunjung dan orang awam berkaitan risiko serangan buaya.

Menurutnya, JHL juga telah memasang papan-papan tanda amaran di banyak kawasan pinggir pantai termasuk sungai, tasik dan penempatan pinggir laut di sini berkaitan perkara itu.

Setakat tahun ini, difahamkan dua kes tangkapan buaya telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar di Kunak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved