'Pejabat MB Selangor sedia makanan, minuman peserta Himpunan Daulat Tuanku'- Mohd Najwan

LocalPolitics
12 May 2026 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Pejabat MB Selangor sedia makanan, minuman peserta Himpunan Daulat Tuanku'- Mohd Najwan
Mohd Najwan memberitahu, Pejabat Menteri Besar Selangor akan menyediakan makanan dan minuman kepada peserta Himpunan Daulat Tuanku pada Sabtu ini.

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Besar Selangor akan menyediakan makanan dan minuman kepada peserta yang hadir ke himpunan mempertahankan institusi diraja yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad.

Menurutnya, beliau turut menyambut baik objektif penganjuran himpunan itu yang disifatkan selari dengan pendirian konsisten kerajaan negeri dalam mempertahankan agama Islam, kepentingan Melayu dan kedaulatan institusi diraja di negeri ini.

"Semoga himpunan yang dirancang diadakan secara aman, tertib dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor dan memohon pihak polis memudah cara himpunan ini agar berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, kira-kira 500 peserta termasuk penyokong beberapa parti politik dijangka menyertai Himpunan Daulat Tuanku susulan kontroversi membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, himpunan itu mendapat sokongan beberapa parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved