Pejabat Perdana Menteri nafi surat PFI lebar lebuhraya PLUS

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pejabat Perdana Menteri nafi surat PFI lebar lebuhraya PLUS

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah palsu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.

“PMO menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” katanya hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu itu.

PMO turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi PMO.

Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam pemalsuan dan penyebaran dokumen berkenaan.-UTUSAN

The post Pejabat Perdana Menteri nafi surat PFI lebar lebuhraya PLUS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved