Surat kelulusan projek PFI pelebaran Lebuhraya Plus palsu

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Surat kelulusan projek PFI pelebaran Lebuhraya Plus palsu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan serta menafikan sebarang kaitan dengan dokumen dan kelulusan seperti yang didakwa.

PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis menegaskan bahawa surat yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS bertarikh 17 Julai 2026 adalah palsu. 

PMO dalam kenyataan menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan serta menafikan sebarang kaitan dengan dokumen dan kelulusan seperti yang didakwa.

"PMO telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi PMO.

"Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, PMO menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved