Pejabat SUK belum terima notis rasmi peletakan jawatan MB

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 7:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pejabat SUK belum terima notis rasmi peletakan jawatan MB

SEREMBAN: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) mengesahkan belum menerima sebarang makluman atau notis rasmi berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi kenyataan media Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang tular di media sosial pada malam 16 November lalu.

“Saya pun tahu pada malam 16 November itu melalui media sosial dan sebagainya.

“Saya juga tidak tahu mengenai pertemuan Datuk Ismail dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam. Saya tidak menerima apa-apa makluman mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 di sini, hari ini.

Mohd Zafir berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang maklumat atau perkembangan terbaharu berhubung kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar setakat ini.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang arahan untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan situasi semasa termasuk berkaitan tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan urusan pentadbiran SUKNS dan kerajaan negeri termasuk di jabatan-jabatan kerajaan berjalan seperti biasa.

“Kita tidak ada masalah dalam menjalankan tugas harian bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan tidak tergendala.

“Perjalanan fungsi Pejabat Menteri Besar juga berjalan seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

The post Pejabat SUK belum terima notis rasmi peletakan jawatan MB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved