PEJUANG Tidak Bertanding PRN Negeri Sembilan

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PEJUANG Tidak Bertanding PRN Negeri Sembilan

PEJUANG Tidak Bertanding PRN Negeri Sembilan

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026, sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG kali ke-143 yang diadakan hari ini.

Mesyuarat tersebut membincangkan dua agenda utama, iaitu penilaian terhadap situasi pasca PRN Johor 2026 serta hala tuju parti bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat, PEJUANG memaklumkan bahawa parti itu sebulat suara bersetuju untuk terus komited menyokong semua calon PN yang bakal dinamakan bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Selain memberikan sokongan, PEJUANG turut menyatakan kesediaan membantu gerak kerja dan kempen PN sepanjang tempoh PRN Negeri Sembilan berlangsung.

Pada masa sama, mesyuarat turut memutuskan bahawa PEJUANG tidak akan meletakkan mana-mana calon untuk bertanding dalam PRN Negeri Sembilan 2026.

Image from: PEJUANG Tidak Bertanding PRN Negeri Sembilan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved