“Peka Keadaan Sekeliling” – Pemandu Bas Dipuji, Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan [Video]

30 May 2025 • 5:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Belakangan ini, sering kali kita mendengar berita kemalangan melibatkan kereta atau motosikal yang dirempuh oleh kenderaan berat seperti lori, treler dan bas bukan?

Tidak dinafikan, ada kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian ‘pilot darat’ itu sendiri dan ada juga kerana masalah teknikal seperti brek gagal berfungsi dan bermacam-macam lagi.

Namun, perkara ini bukanlah alasan untuk kita menuduh atau ‘memukul rata’ yang semua pemandu kenderaan berat bermasalah atau tidak bertanggungjawab di atas jalan raya. Hakikatnya, masih ramai di antara mereka yang sebenarnya baik serta berhati mulia.

Tular pemandu bas selamatkan kucing di tengah jalan raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan murni seorang pemandu bas menyelamatkan seekor anak kucing yang tersesat di tengah-tengah jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @amerhemzah_, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat pada jam 11.34 pagi semalam (29 Mei) ketika kenderaan sedang berhenti.

Anak kucing tersebut dilihat secara tiba-tiba menerpa keluar daripada bawah kereta yang berada di hadapan bas terbabit sebaik sahaja kenderaan jenis Perodua Myvi itu bergerak.

Terpaksa berhentikan bas demi selamatkan anak kucing

Susulan itu, pemandu bas yang menyedari kehadiran anak kucing tersebut tidak bergerak ketika lampu isyarat sudah bertukar hijau kerana khuatir jika haiwan itu akan tergilis.

Di dalam video tersebut, kelihatan anak kucing itu seakan ketakutan dan tidak tahu ke mana arah tujunya menyebabkan pemandu bas berkenaan terpaksa keluar daripada kenderaan dan mengambil haiwan terbabit untuk diselamatkan.

“Kami minta maaf sebab kami terpaksa berhenti bas kami sekejap untuk selamatkan anak kucing yang tiba-tiba keluar dari kereta depan itu. Terima kasih abang lori bagi kerjasama sekali berhenti,” katanya.

@amerhemzah_ Kami minta maaf sebab kami terpaksa berhenti bas kami sat untuk selamatkan anak kucing yg tiba2 keluar dari kereta depan tu 🥹 Tq abg lori bagi kerjasama sekali berhenti 🫡 #pancaranmatahariexpress #basexpress #pancaranmataharimenyinariperjalanananda #pancaranmatahari8888 #kfp8888 #abgbastiktok ♬ original sound – Ammeerr

Netizen beri komen positif, siap titip doa kepada pemandu bas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian kepada pemandu bas itu kerana sudi menyelamatkan anak kucing tersebut.

Tidak kurang juga yang kagum dengan kepekaan pemandu bas itu kerana boleh menyedari keberadaan anak kucing sekecil itu di tengah-tengah jalan raya.

Kebanyakan netizen turut mendoakan agar urusan pemandu bas itu dimudahkan dan dia dilimpahi dengan rezeki yang banyak atas sebab kebaikan yang dilakukannya.

image is not available

image is not available

image is not available