Pekerja Gerai Rojak Sanggup Dahulukan Duit Sendiri Untuk Bantu Orang Dalam Kesusahan Raih Pujian [Video]

11 Sep 2024 • 12:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap individu pasti pernah merasai titik terendah dan kesusahan dalam hidup mereka. Antara yang paling biasa didengar adalah ketiadaan wang untuk makan.

Malah jika anda perasan, ada orang yang terpaksa menebalkan muka meminta duit dari orang ramai hanya untuk membeli makanan.

Pada ketika inilah dapat dilihat layanan dan sikap seseorang apabila berhadapan dengan orang yang ditimpa kesusahan.

Ada yang tidak mengendahkan namun kebanyakannya baik hati sanggup memberi wang atau membeli makanan buat golongan itu.

Wanita Tidak Kisah Beri Air Ketika Diminta

Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang dipercayai pekerja di sebuah gerai rojak buah.

Menerusi satu eksperimen sosial yang dibuat oleh TikToker Leeroy Wong, wanita itu menjadi perhatian ramai gara-gara layanannya terhadap Wong.

Melalui video yang dimuat naik oleh Wong diakaun TikTok @leeroywong28, dia telah datang ke gerai wanita berkenaan yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, Wong mendakwa dia baru sahaja kehilangan kerja dan meminta bantuan wanita itu untuk memberinya air.

Tanpa berfikir panjang, wanita berkenaan terus menyenduk air balang di hadapannya untuk diberikan kepada Wong.

Ketika ditanya oleh pencipta kandungan berkenaan sekiranya dia seorang ‘bos’, wanita berkenaan menidakkan apa yang dikatakan oleh influencer itu.

Wanita Dahulukan Wang Untuk Bayar Air

Terperanjat dengan jawapan wanita itu, Wong bertanyakan adakah tidak salah jika dia mengambil air tersebut.

Namun, jawapan pekerja gerai berkenaan nyata mengejutkan Wong. Bukan itu sahaja, wanita itu turut bertanyakan adakah Wong telah makan.

“Tak pelah nanti saya bayar. Ada rezeki juga. Sudah makan? Tak kenyanglah minum,” katanya.

Dia kemudiannya dilihat terus mengambil beg dan mengeluarkan wang RM5 untuk diberi kepada lelaki itu.

Dek kerana layanan baik yang diterima, Wong terus memberikan wang bernilai RM100 serta memulangkan semula RM5 yang diberi oleh wanita itu.

Pernah Susah Kerana Hilang Kerja

Jelas Wong, dia terharu dengan tindakan wanita terbabit yang sanggup memberi wang serta air untuk dirinya.

Ketika ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, jelas wanita itu, dia juga pernah merasai pengalaman kehilangan pekerjaan.

“Pernah rasakannya (kehilangan kerja). Saya tolong juga tak kira agama apa pun,” katanya.

Kebaikan Wanita Buat Pengguna Media Sosial Kagum

Video yang telah mendapat lebih 151 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka memuji tindakan dan layanan wanita berkenaan terhadap orang yang dilanda kesusahan.

Malah, disebabkan layanan baiknya itu, ada pengguna TikTok yang berhasrat mahu berkunjung ke gerai rojak buah jualannya yang terletak di Taman Cuepacs, Fasa 2, Cheras, Selangor bagi menyokong wanita terbabit.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Saya Percaya Kepada Kebaikan Akan Dibalas Kebaikan, Selagi Kita Hidup Di Dunia, Berbaktilah Pada Yang Tak Berkemampuan”

image is not available

“Sifat Kemanusiaan Yang Menyatukan Kita Semua”

image is not available

“Terima Kasih Orang Baik”

image is not available

“Kalau Jumpa Orang Yang Betul-Betul Lapar Atau Hauskan Air, Beri Sahaja. Nanti Rasa Menyesal Bila Kita Tahu, Dia Betul-Betul Kelaparan & Kita Tak Bantu”

image is not available

“Kedai Akak Ni Dekat Mana? Jom Kita Pakat Support”

image is not available

Source: