Pekerja kedai emas direman bantu siasatan kes pecah amanah RM250,000

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja kedai emas direman bantu siasatan kes pecah amanah RM250,000
Suspek didakwa melakukan pecah amanah selepas dipercayai mengambil emas dan wang tunai milik syarikat. Gambar hiasan janaan AI

KEMAMAN - Seorang pekerja sebuah kedai emas direman tiga hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan kerugian syarikat perniagaan emas berjumlah RM250,000 sejak Februari lepas.

Perintah reman terhadap wanita berumur 23 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, suspek ditahan di sini pada 9.30 malam Ahad selepas pemilik kedai emas berusia 32 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu pada 6.14 petang, 30 September lepas.

"Suspek didakwa melakukan pecah amanah selepas dipercayai mengambil emas dan wang tunai milik syarikat berkenaan sehingga mengakibatkan kerugian RM250,000 sejak Februari," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved