Pekerja ambil emas, wang RM250,000 milik majikan diberkas

19 Oct 2026 • 3:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja ambil emas, wang RM250,000 milik majikan diberkas

KEMAMAN – Seorang pekerja sebuah kedai emas di daerah ini ditahan semalam bagi membantu siasatan melakukan pecah amanah sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM250,000.

Wanita berusia 23 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini pada pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan yang dibuat pengusaha kedai emas tersebut pada pukul 6.14 petang, 30 September lalu.

“Wanita berusia 32 tahun tersebut mendakwa suspek melakukan pecah amanah dengan mengambil emas dan wang tunai milik premis berkenaan untuk kegunaan peribadi.

“Perbuatan didakwa dilakukan sejak Februari lalu sehingga menyebabkan syarikat menanggung kerugian RM250,000,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

The post Pekerja ambil emas, wang RM250,000 milik majikan diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved