Pekerja Kilang Hyundai Mogok Membantah Kerja Digantikan Robot Humanoid

LocalTechnology
16 Jul 2026 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pekerja Kilang Hyundai Mogok Membantah Kerja Digantikan Robot Humanoid

Dalam setiap cerita sains fiksyen, akan ada plot manusia bergaduh dengan robot yang mengambil alih kerja mereka. Tetapi di Korea Selatan, fiksyen menjadi realiti selepas pekerja kilang Hyundai mengadakan mogok selama 4 jam sehari sejak 13 Julai bagi membantah penggunaan robot humanoid di lantai kilang. Penggunaan robot dilakukan tanpa perbincangan dengan kesatuan sekerja menyebabkan mogok dilakukan yang menjejaskan pengeluaran 5000 kenderaan.

Image from: Pekerja Kilang Hyundai Mogok Membantah Kerja Digantikan Robot Humanoid
Robot Atlas

Robot Atlas yang dibina Boston Dynamics yang kini milik Hyundai mula diuiji untuk beberapa tugasan di lantai kilang pemasangan kereta sejak Januari. Kesatuan sekerja sudah menyatakan bantahan mereka dalam bulan yang sama. Korea Selatan ialah negara yang mempunyai penggunaan robot industri yang tinggi di dunia.

Penggunaan robot humanoid di kilang dilihat sebagai ancaman kepada pekerja manusia. Hyundai setakat ini hanya menyatakan robot humanoid akan digunakan di kilang pemasangan kenderaan mereka di Amerika Syarikat menjelang 2028.

Kesatuan sekerja Hyundai kini meminta majikan supaya memenuhi permintaan mereka seperti jaminan keselamatan kerja berkait kecerdasan buatan (AI) dan automasi, menukar sistem gaji kepada bulanan (bukan mengikut jam), meningkatkan umur persaraan, bonus lebih besar selari dengan keuntungan syarikat dan perjanjian rasmi sebelum robot humanoid digunakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved