Pekerja kilang maut, langgar kereta terbabas.

10 Nov 2026 • 8:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja kilang maut, langgar kereta terbabas.

KLUANG ~ Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal jenis Yamaha yang dia tunggang melanggar sebuah kereta yang terbabas ke laluannya di Jalan Anggerik berhampiran Felda Kahang Barat di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu mengakibatkan Muhammad Azrin Zahiruddin, 22, maut di lokasi nahas akibat cedera parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dari arah Gunung Berlumut ke Jalan Padang Tembak.

Katanya, pada masa sama sebuah kereta Proton dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun datang dari arah bertentang dan sebuah kereta jenis Toyota dipandu lelaki berusia 45 tahun bersama dua orang penumpang berada di belakang mangsa.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton gagal mengawal kenderaan dipandunya sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Kereta Toyota yang tidak sempat mengelak melanggar belakang kereta Proton itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja kilang maut, langgar kereta terbabas. appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved