Pekerja kilang maut motosikal terbabas

21 Nov 2025 • 4:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa. - Foto: IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 pagi apabila motosikal jenis Yamaha YZF-R15 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang sedang melalui jalan berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan hingga menyebabkannya terbabas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Yusof, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.