Pekerja maut terjatuh dalam tangki cecair kimia

17 Aug 2026 • 12:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja maut terjatuh dalam tangki cecair kimia

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja maut selepas terjatuh ke dalam sebuah tangki yang mengandungi cecair sisa kimia di sebuah premis perindustrian di Jalan Keluli 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.51 malam itu, mangsa, lelaki berusia 26 tahun dilaporkan terjatuh ke dalam tangki lumpur hidroksida logam berkapasiti 15,000 meter padu.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bimba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, jentera tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan mendapati mangsa berada di dalam tangki berkenaan pada kedalaman kira-kira 1.5 meter.

“Mangsa berada di dalam tangki yang mempunyai ketinggian kira-kira 20 kaki dan ketika ditemui didapati mangsa sudah tidak bernyawa.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas termasuk tali penyelamat dan pengusung,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dinaikkan ke permukaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa tamat sepenuhnya pada pukul 11.03 malam.

Kes dikendalikan pihak polis bagi siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

The post Pekerja maut terjatuh dalam tangki cecair kimia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved