7 PATI kempunan balik kampung

16 Aug 2026 • 4:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 7 PATI kempunan balik kampung

​KOTA TINGGI – Hasrat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba ‘pulang’ ke tanah air melalui laluan tidak diwartakan terbongkar selepas ditahan pihak polis di tepi jalan berhampiran Campsite Tanjung Punggai Bayu Damai, Pengerang di sini malam semalam.

​Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menahan lapan lelaki warga Indonesia berusia antara 26 hingga 38 tahun.

​Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pemeriksaan mendapati tujuh daripada mereka merupakan PATI yang disyaki mahu diseludup keluar, manakala seorang lagi lelaki bertindak sebagai ‘transporter’.

​”Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah. Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton X50 yang dipercayai digunakan oleh ‘transporter’ berkenaan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan migran tersebut,” katanya dalam kenyataan.-KOSMO! ONLINE

The post 7 PATI kempunan balik kampung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved