Pekerja Pajak Gadai Ditahan Untuk Bantu Siasatan Kes Bun*h Peniaga Wanita

LocalPolitics
16 Feb 2025 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di Pahang beberapa hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, suspek kes pembunuhan tersebut iaitu seorang lelaki telah menjual gelang emas milik mangsa di pajak gadai berkenaan.

image is not available
Suspek kes pembunuhan Norshamira

Susulan itu, pekerja pajak gadai itu yang berusia 42 tahun telah ditahan polis pada pagi semalam di tempat kerjanya iaitu di kedai pajak gadai terbabit untuk membantu siasatan pihak polis berkaitan kes pembunuhan tersebut.

image is not available
Allahyarhamah Norshamira Zainal

Difahamkan, bermula hari ini, pekerja pajak gadai itu direman selama seminggu.

Mahkamah Majistret Kuantan telah mengeluarkan perintah reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.