Pekerja Pelantar Minyak Didenda Sebab Menipu Gaji Untuk Mohon Bantuan PPRT

Entertainment
6 Mar 2024 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semata-mata mahu mendapatkan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada 5 tahun lalu, serang pekerja pelantar minyak sanggup menipu butiran peribadi dan telah didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Terangganu hari ini.

Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Hakim Mohd Azhar Othman selepas Yushafiszam Yusof, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

“Tertuduh wajar dihukum kerana perbuatannya menyebabkan bantuan kepada golongan yang lebih layak tidak dapat disampaikan. Jika tidak dibendung, bantuan kerajaan tidak akan sampai kepada kumpulan sasaran.”

Berdasarkan pertuduhan, Yushafiszam dikatakan telah memberi maklumat palsu berkaitan pendapatan bulanannya bagi permohonan bantuan membina rumah PPRT baharu.

image is not available

Tertuduh didakwa menipu kononnya pendapatan bulanannya cuma RM900 sedangkan pendapatan sebenarnya dalam purata RM3,800.

Butiran palsu dalam borang tersebut bertujuan untuk memperdaya agensi kerajaan bagi meluluskan permohonan pembinaan rumah PPRT baharu bernilai RM50,000 di Kampung Talong, Dungun pada Mei 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.