Pekerja Pos Luah Pakai Baju Lusuh & Koyak, Jawapan CEO Buat Ramai Terkedu -“Bertuah Dapat Kerja…”

19 Apr 2025 • 3:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial baru-baru ini luahan seorang pekerja pos luah ditegur pelanggan kerana pakai baju lusuh dan koyak sehingga menerima perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di platform X, pekerja berkenaan secara terbuka mempersoalkan pihak pengurusan mengenai status pemberian uniform baharu.

Pekerja Pos Luah Pakai Baju Lusuh

Menurut ciapan tersebut, teguran pelanggan itulah yang mendorong beliau untuk menyuarakan hal ini kepada pihak atasan.

Keadaan baju yang koyak dan kelihatan usang dikatakan turut menjejaskan imej pekerja di mata masyarakat.

“Assalamualaikum, bila baju baru nak dapat? Baju lama dah teruk sangat dah ni… sampai pelanggan pun dah tegur,” tulisnya.

image is not available

Jawapan CEO buat ramai terkesima

Namun, jawapan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia, Charles Brewer, telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam responnya, Charles dilihat seolah-olah menepis isu yang dibangkitkan dengan membandingkan situasi tersebut dengan syarikat luar negara.

“Anggaplah diri awak tu beruntung sebab tak bekerja dekat salah satu foreign carriers yang tidak memberikan uniform bekerja kepada pekerja,” balasnya.

image is not available

Tidak lama kemudian, pekerja yang sama tampil menjelaskan bahawa dia hanya bertanya kerana pelanggan sendiri telah memberi teguran secara langsung.

Tambahnya, mereka di lapangan bukan sekadar menghantar bungkusan, tetapi turut membawa imej syarikat.

Netizen Tidak Puas Hati

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam kenyataan yang diberikan CEO berkenaan dan berpandangan bahawa pekerja berhak untuk menuntut hak asas seperti uniform yang kemas dan selesa, apatah lagi apabila bertugas di hadapan umum.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mereka juga berharap agar pihak pengurusan tertinggi terutamanya mengambil serius perkara ini dan segera memperbaiki kebajikan pekerja di lapangan.

Sumber: X evvok