Kedai Shawarma Terkenal Di Bukit Bintang Diserbu Pihak Imigresen? Rupanya Sebab…

5 Dec 2023 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau nak makan luar, mesti korang terfikir nak pergi restoran-restoran yang terkenal. Lagi-lagi, kalau kedai yang sediakan makanan overseas, memang ramai punya yang beratur untuk makan di situ.

Namun begitu, baru-baru ni, viral satu video di TikTok yang menunjukkan sebuah restoran shawarma yang terkenal di Bukit Bintang kecoh apabila diserbu oleh pihak imigresen sewaktu sedang beroperasi.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku pada malam semalam (4 Disember 2023) di mana kelihatan sebuah trak imigresen berhenti di kawasan berhampiran restoran tersebut.

Dalam video yang lain, kelihatan pekerja-pekerja restoran itu yang majoritinya orang asing terpaksa keluar dari premis berkenaan.

Yang kesiannya, pelanggan yang dah beratur lama terpaksa batalkan niat mereka untuk berbelanja di situ ketika serbuan dijalankan.

Dikatakan, ramai staf warga asing di situ tidak mempunyai permit yang lengkap dan sah untuk bekerja di dalam negara.

Disebabkan itulah, pihak imigresen menyerbu restoran tersebut yang merupakan perniagaan warga asing popular dalam kalangan orang Malaysia.

Kedua-dua video yang meraih sejumlah lebih sejuta tontonan itu telah mengundang pujian netizen kepada tindakan pihak imigresen mengenai isu ini.

image is not available

Lepas ni, kalau nak berniaga perlulah ikut undang-undang dan peraturan dalam negara okay!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.