Pekerja wanita maut dihimpit mesin pengangkat 

24 Sep 2026 • 9:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pekerja wanita maut dihimpit mesin pengangkat 

SHAH ALAM: Seorang pekerja wanita tempatan maut dipercayai akibat terhimpit mesin pengangkat di sebuah premis perniagaan di kawasan perindustrian di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan dan mangsa yang berusia awal 20-an mengalami kecederaan parah pada kepala. 

“Mangsa dibawa ke klinik kesihatan pada 11.20 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved