Tragis! Kaki dicucuk benda tajam dari celah lantai, selisih faham punca wanita OKU maut. Suami, anak 15 tahun direman

24 Sep 2026 • 5:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tragis! Kaki dicucuk benda tajam dari celah lantai, selisih faham punca wanita OKU maut. Suami, anak 15 tahun direman
Foto: Bernama

KISAH ibu di Kuala Kangsar, Perak ini cukup menyayat hati. Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), pemergian Ainon Omar, 49, meruntun hati orang ramai.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu sempat memaklumkan kecederaan pada kaki sebelum ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarhkan diri di ruang tamu rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati.

 

Difahamkan, ketika kejadian menimpa Ainon, suaminya yang  sedang memasak dan terdengar jeritan wanita itu meminta tolong.

Berikut adalah kronologi kejadian yang dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun

1-Selepas mendapati Ainon cedera, suaminya  kemudian meminta bantuan seorang penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada Nur Halim pada kira-kira jam 2 petang.

Image from: Tragis! Kaki dicucuk benda tajam dari celah lantai, selisih faham punca wanita OKU maut. Suami, anak 15 tahun direman
Foto: Bernama

2-Nur Halim yang tiba di rumah berkenaan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis.

3-Suami wanita itu dikatakan sempat memberitahu, isterinya mengatakan kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bahagian bawah rumah melalui celahan lantai papan.

4-Mangsa dan suaminya menetap di rumah berkenaan bersama tiga anak mereka yang juga berstatus OKU. Namun ketika kejadian, seorang daripada tiga anaknya tiada di rumah.

5-Penduduk kampung kemudiannya membantu mencari anak mangsa sebelum remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sebuah sekolah.

6-Penduduk memujuk remaja untuk pulang ke rumah sebelum dia dibawa berjumpa ibunya. Polis yang tiba kemudian turut menjalankan pemeriksaan dan soal siasat.

7-Nur Halim berkata, polis turut menemukan sebilah pisau di kawasan kebun kelapa sawit selepas anak mangsa menunjukkan lokasi berkenaan.

8-Sementara itu, adik ipar mangsa, Suliana Jalaluddin, 37, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.16 petang selepas menerima mesej daripada abangnya yang juga suami mangsa menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.

Image from: Tragis! Kaki dicucuk benda tajam dari celah lantai, selisih faham punca wanita OKU maut. Suami, anak 15 tahun direman
Foto: Bernama

9-Menurutnya, hubungan mangsa, suami dan tiga anak mereka amat rapat, malah kesemua mereka turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

10-Difahamkan, anak sulung mangsa berusia 17 tahun merupakan OKU fizikal akibat kecederaan terbakar yang dialami sebelum ini, manakala dua lagi anak termasuk yang dikaitkan dengan kejadian ini adalah OKU pembelajaran. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

11-Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

12-Menurutnya, polis kemudiannya berjaya menahan dua lelaki merupakan ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

13-Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian.

14-Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Image from: Tragis! Kaki dicucuk benda tajam dari celah lantai, selisih faham punca wanita OKU maut. Suami, anak 15 tahun direman

15-Dalam perkembangan berkaitan, perintan reman ke atas dua suspek berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

16-Perintah reman terhadap dua suspek berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin berlangsung selama dua hari bermula Khamis. Ia bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

17-Mahkamah membenarkan suspek berusia 44 tahun direman selama tujuh hari manakala suspek berusia 15 tahun 

Sementara itu, adik ipar Ainon, Suliana Jalaluddin, 37, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 2.16 petang selepas menerima mesej daripada abangnya yang juga suami mangsa menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.

"Hubungan arwah, suami dan tiga anak mereka memang rapat. Arwah merupakan OKU, begitu juga ketiga-tiga anak mereka.

"Anak sulung berusia 17 tahun merupakan OKU fizikal akibat kecederaan terbakar yang dialami sebelum ini, manakala dua lagi anak termasuk yang dikaitkan dengan kejadian ini adalah OKU pembelajaran," katanya.

Difahamkan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat

ARWAH ORANG BAIK - JIRAN

Jiran mangsa Badariah Jaafar, 72, berkata Nor Ainon Omar, 49, merupakan OKU lembam, dikenali ramai kerana sikapnya yang ramah dan sering menyapa sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya.

"Arwah ini orangnya sangat baik dan tidak pernah buat hal dengan sesiapa. Walaupun dia OKU, dia rajin bercampur dengan jiran-jiran dan selalu senyum apabila nampak orang kampung lalu lalang di hadapan rumahnya.

“Cuma, kadang-kadang kami ada juga terdengar dia memarahi anak keduanya (suspek) kerana sering mengasari kakak dan adiknya. Kami boleh mendengar pertengkaran itu memandangkan rumah kami terletak berhadapan sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, hari ini.

Badariah berkata pada mulanya, mereka tidak menyedari kejadian tragis itu berlaku sehinggalah adiknya, Salmah Jaafar, 67, yang tinggal serumah terdengar bunyi bising dari arah rumah mangsa.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved