Pekerja warga Bangladesh maut kena serangan jantung

8 Jan 2023 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut dalam kejadian di kawasan meletak kereta di sebuah kondominium di Presint 15 di sin pada Ahad.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai mengalami serangan jantung sebelum mayatnya ditemui terbaring di kawasan meletak kereta di sebuah kondominium di Presint 15 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan dibuat oleh pengawal keselamatan bertugas di kondominium tersebut.

"Siasatan mendapati mangsa berumur 43 tahun itu bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan.

"Berdasarkan siasatan dijalankan, mangsa dipercayai mengalami serangan jantung ketika sedang berehat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, siasatan dijalankan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas hamparan kotak di lokasi kejadian.

"Selain siasatan di lokasi, polis mengambil keterangan melibatkan majikan dan rakan mangsa," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved