Pelabur asing beli RM11.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu

Business & Finance
3 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelabur asing beli RM11.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur institusi asing kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia pada minggu lalu selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta.

MBSB Investment Bank Berhad berkata, pelabur institusi asing merupakan pembeli bersih pada tiga daripada lima hari dagangan sepanjang minggu berkenaan.

Katanya, aliran masuk bersih terbesar direkodkan pada Jumaat (RM131.5 juta), diikuti Khamis (RM76.2 juta) dan Isnin (RM0.2 juta).

“Sementara itu, aliran keluar bersih direkodkan pada Selasa (RM167.8 juta) dan Rabu (RM29.0 juta) dengan Selasa mencatatkan jualan bersih harian terbesar.

“Tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur institusi asing ialah perkhidmatan kewangan (RM216.5 juta), penjagaan kesihatan (RM148.0 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM107.4 juta).

“Sebaliknya, tiga sektor yang merekodkan aliran keluar bersih tertinggi ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM191.7 juta), teknologi (RM164.0 juta) dan perladangan (RM32.8 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 31 Julai 2026.

Sementara itu, bank pelaburan berkata, pelabur institusi tempatan turut kembali menjadi pembeli bersih selepas tiga minggu berturut-turut mencatatkan jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM48.1 juta.

Menurutnya, pelabur runcit kembali menjadi penjual bersih selepas mencatatkan belian bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM59.1 juta.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan secara keseluruhan. Bagaimanapun, ADTV pelabur runcit susut 5.6 peratus, manakala ADTV institusi tempatan meningkat 3.6 peratus dan institusi asing melonjak 29.9 peratus,” jelasnya. – UTUSAN

The post Pelabur asing beli RM11.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved