Pelaburan AI US$50 Bilion Konsortium Pimpinan SoftBank Cermin Keyakinan Global Terhadap Malaysia

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Pelaburan AI US$50 Bilion Konsortium Pimpinan SoftBank Cermin Keyakinan Global Terhadap Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargan atas pengumuman pelaburan Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) bernilai US$50 bilion (kira-kira RM203 bilion) oleh konsortium antarabangsa yang diterajui oleh SoftBank Corporation di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa kesediaan pimpinan tertinggi SoftBank, Masayoshi Son, memilih Kuching, Sarawak serta lokasi di Semenanjung Malaysia mencerminkan keyakinan tinggi komuniti pelabur global terhadap potensi negara, iklim pelaburan yang kondusif, serta kestabilan politik Malaysia. Langkah strategic ini menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi Negara AI menjelang 2030 selaras dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030.

Konsortium berkenaan—yang turut menggabungkan keupayaan syarikat korporat seperti Grab Holdings Ltd dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros)—dilihat bakal mengukuhkan ekosistem digital serta daya saing global negara menerusi pemindahan modal dan kepakaran teknologi tinggi.

Perdana Menteri menggariskan bahawa pelaksanaan projek infrastruktur AI berskala besar ini perlu selari dengan matlamat kelestarian negara, termasuk memenuhi syarat pengeluaran dan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Beliau turut berharap pelaburan ini dapat memangkut pembukaan pekerjaan berkemahiran tinggi buat warga tempatan serta meluas jaringan bekalan barangan dan perkhidmatan perniagaan domestik. Kerajaan Persekutuan berikrar akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negeri bagi memudah cara pelaksanaan projek berkenaan.

Sumber Maklumat: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved