MITI terus runding dengan AS sehingga siasatan berkaitan lebihan kapasiti dimuktamadkan

LocalBusiness & Finance
24 Jul 2026 • 4:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MITI terus runding dengan AS sehingga siasatan berkaitan lebihan kapasiti dimuktamadkan Image from: MITI terus runding dengan AS sehingga siasatan berkaitan lebihan kapasiti dimuktamadkan hamden24/07/2026 - 16:16 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus berunding dengan Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan negara itu mengenakan tarif 10% ke atas Malaysia di bawah siasatan Seksyen 301 berkaitan amalan buruh paksa.

 

MITI berkata, rundingan berterusan itu penting bagi memastikan kepentingan perdagangan Malaysia terus dipelihara, khususnya ketika siasatan berasingan berkaitan isu lebihan kapasiti yang turut melibatkan Malaysia masih belum dimuktamadkan.

 

"Sebaik sahaja Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menetapkan kadar tarif berkaitan lebihan kapasiti, MITI akan memaklumkan perkembangan tersebut kepada semua pihak berkepentingan.

 

"Dalam pada itu, MITI akan terus berunding dan berinteraksi dengan pihak Amerika Syarikat berhubung perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut kementerian itu, Malaysia merupakan antara 17 ekonomi yang dikenakan tarif 10% selepas siasatan Seksyen 301 melibatkan 60 ekonomi, manakala ekonomi lain dikenakan tarif lebih tinggi iaitu 12.5%.

 

MITI berkata, keputusan USTR menetapkan kadar tarif lebih rendah terhadap Malaysia dibuat selepas mengambil kira komitmen negara dalam melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang melarang pengimportan barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

 

Tarif 10% itu mula berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam waktu Amerika Syarikat, 24 Julai 2026, sejurus selepas tamat tempoh tarif sementara yang dikenakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974.

 

Dalam pada itu, MITI menjelaskan siasatan Seksyen 301 berkaitan isu lebihan kapasiti yang melibatkan 16 ekonomi, termasuk Malaysia, masih diteruskan oleh pihak USTR.

 

Keputusan siasatan tersebut dijangka menjadi penentu sama ada Malaysia akan berdepan tarif tambahan bagi kategori berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved