Pelajar baru turun bas maut dirempuh pikap

28 Nov 2023 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru turun bas sekolah sedang melintas jalan sebelum kejadian.

MERSING - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan, Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru turun bas sekolah sedang melintas jalan sebelum kejadian.

"Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu sedang dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di sini dan cuaca ketika itu hujan gerimis

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, pada pukul 10.24 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved