
Dr Asyraf Wajdi Luah Rasa Sedih Insiden Menimpa Pelajar Tingkatan 4
Hari ini, negara digemparkan dengan kejadian tragis apabila seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.
Susulan insiden itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan resah terhadap kejadian berkenaan yang turut menggemparkan masyarakat.
Dalam hantaran di Facebooknya, Dr Asyraf berasa rasa kecewa terhadap generasi muda masa kini yang disifatkannya seolah-olah semakin hilang nilai kemanusiaan.
“Amat sedih bercampur resah membaca berita terbaru mengenai pelajar perempuan Tingkatan 4 yang maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah Sekolah Menengah di Petaling Jaya
“Apakah generasi muda kini sudah mati rasa,” kata beliau lagi.
https://www.facebook.com/share/p/1BA76MZZeU/
KPM adakan sidang media khas petang ini
SK melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan akan melakukan satu sidang media khas pada jam 5 petang ini.
Sidang media itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad bertempat di ibu pejabat KPM di Putrajaya.
“Sidang media ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad,” maklum kenyataan tersebut.
The post Dr Asyraf Wajdi Luah Rasa Sedih Insiden Menimpa Pelajar Tingkatan 4 appeared first on Siakap Keli.

