Pelajar cemerlang pinjam wang demi sambung pengajian

LocalPersonal Finance
26 Sep 2026 • 8:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar cemerlang pinjam wang demi sambung pengajian

BACHOK: Impian seorang pe­lajar cemerlang yang meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0 dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) untuk me­lanjutkan pengajian hampir terkubur apabila keluarganya tidak mempunyai wang mencukupi untuk menampung kos tersebut.

Namun, Muhammad Shah Putra Che Awang, 19, enggan mengalah apabila sanggup meminjam wang daripada ibu saudaranya bagi melunaskan bayaran pendahuluan RM500 demi menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik di UM.

Katanya, pendapatan ibunya sebagai pembantu kedai yang tidak menentu menyulitkan usaha untuk menampung kos pengajiannya.

“Mujurlah ibu saudara sudi membantu sekali gus membolehkan saya melunaskan bayaran pendahuluan sebanyak RM500.

“Saya tidak mahu mensia-siakan keputusan cemerlang yang diperoleh sebelum ini. Selain itu, saya mahu me­ngubah nasib keluarga dan membalas jasa ibu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tanpa berselindung, Muhammad Shah Putra berkata, sehingga kini dia belum mempunyai wang untuk menampung perbelanjaan sebaik sahaja memulakan pengajian.

Katanya, pendapatan hasil kerja sambilan sebagai pembakar sate tidak mencukupi selain wang berkenaan digunakan untuk membantu ibunya melunaskan bayaran sewa rumah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Muhammad Shah Putra Che Awang iaitu 0300941000082857.-UTUSAN.

The post Pelajar cemerlang pinjam wang demi sambung pengajian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved