Pelajar Didakwa Seludup 4kg Sy*bu Bukan Rakyat Malaysia, Tapi Sebenarnya Warga Indonesia

14 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

seludup syabu di Indonesia

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang rakyat Malaysia berstatus pelajar ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai menyeludup dadah jenis syabu seberat empat kilogram (kg).

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa individu yang ditahan sebenarnya merupakan lelaki warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan ditahan Polis Resor (Polres) Tanjung Balai, Sumatera Utara, pada Sabtu lalu sejurus tiba dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Hussein, pemeriksaan terhadap beg pakaian lelaki terbabit menemukan lapan bungkusan plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat keseluruhan empat kilogram.

Screenshot 2026 10 14 112810

Dalam pada itu, Hussein berkata penyebaran maklumat tidak tepat seperti itu boleh mencetuskan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Justeru, JSJN menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang belum dipastikan kesahihannya dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Tambahnya, JSJN PDRM akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat risikan untuk mengenal pasti sumber bekalan dadah berkenaan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved