Pelajar ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah sekolah

3 Oct 2026 • 10:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah sekolah

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan empat ditemui mati disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah menengah di Yong Peng di sini hari ini.

Pelajar berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa di dalam dewan kira-kira petang hari ini.

Menurut sumber, mangsa yang dipercayai tinggal dengan neneknya ke sekolah sebelah petang menghadiri kelas tuisyen.

“Berita kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Airin Sofea disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanyakan mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi.

“Selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui mangsa sudah terbaring dalam keadaan lemah.

“Mangsa ditemui terbaring lemah dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti kena pukul. Semasa jumpa mangsa masih sedar sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa merupakan anak yatim tinggal bersama neneknya di Batu Pahat selepas kematian ibunya.

Manakala, difahamkan bapa mangsa bekerja di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi memaklumkan kes masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved