Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'

7 Jul 2026 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'
Bapa mangsa kes tikam di sekolah, Mohd Firuz Ibrahim,berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan. Foto Bernama.
Image from: Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'
Ahli keluarga kepada pelajar mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting berada di Hospital Banting di mana mangsa berkenaan menerima rawatan pada Isnin. Foto Bernama.
Image from: Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'
Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting di sini direman empat hari bermula hari ini. Foto Bernama
Image from: Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'
Mohd Firuz Ibrahim (kanan) bapa kepada pelajar mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting semasa ditemui di Hospital Banting di mana manga berkenaan menerima rawatan. Foto Bernama.

KUALA LANGAT - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang ditikam di sebuah sekolah di Banting di sini, cedera pada bahagian paru-paru selain turut mengalami kira-kira 16 luka tikaman pada bahagian badan dalam kejadian sekitar 9 pagi tadi.

Bapa mangsa Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan.

"Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi namun bila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat dan tak sangka dia menjadi mangsa tikaman.

**media[3573857]**

"Setakat ini, saya dimaklumkan pasukan perubatan sedang berusaha mengeluarkan darah pada paru-paru kiri anak saya dan dia dalam keadaan stabil serta masih boleh bercakap," katanya yang bekerja sebagai penghantar barangan ketika ditemui di Hospital Banting di sini pada Isnin.

**media[3573865]**

Mohd Firuz turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan memohon pihak sekolah supaya mengetatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.

Beliau turut difahamkan suspek adalah rakan sekelas anaknya ketika Tingkatan Dua dan kini sedang dicutikan bagi menjalani rawatan kesihatan.

"Saya rasa anak saya mungkin bukan sasaran asal suspek, mungkin dia nak sasar orang lain tapi mungkin dia yang paling dekat dan tak sempat nak lari. Jadi, dia yang kena," katanya.

**media[3573858]**

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat pagi tadi telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved