Pelajar IPT ditemui mati dalam longkang

15 Mar 2026 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Menglembu Impiana Adril.
image is not available
Mayat mangsa dibawa oleh pihak polis ke HRPB untuk bedah siasat.

IPOH - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Menglembu Impiana Adril di sini pada Ahad.

Mangsa yang ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya hanya disedari jiran yang ketika itu mahu meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sekitar jam 11.20 pagi.

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Mani, 58, berkata, ketika memarkir kenderaan di situ keretanya seperti terlanggar objek kecil.

**media[3464266]**

"Jadi saya turun dari kereta tengok macam ada lampu suluh. Masa itulah saya nampak ada lelaki berlumuran darah di muka dalam longkang.

"Lepas itu saya pergi jumpa kawan minta tolong telefon polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved