Pelajar kolej ditemui meninggal dunia

31 Aug 2026 • 7:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar kolej ditemui meninggal dunia
Dalam kejadian kira-kira jam 7.07 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun ditemukan di bahagian bawah bangunan di setapak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah kolej swasta ditemukan maut di tepi sebuah bangunan kediaman di Residensi Teratai, Setapak di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.07 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun ditemukan di bahagian bawah bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kira-kira jam 8.50 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa tiba di kediaman berkenaan kira-kira jam 7.07 pagi.

“Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa dilihat berada di koridor tingkat 22 sebelum ditemukan di aras tingkat enam di bahagian bawah bangunan.

“Semakan mendapati mangsa adalah pelajar semester pertama sebuah kolej swasta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Annas berkata, kediaman berkenaan merupakan asrama kolej yang didiami mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved