Lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung, pemandu maut

31 Aug 2026 • 3:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung, pemandu maut

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas lori kontena dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Ladang Serasa di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa tersepit dalam lori berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Nurhidir Kasim berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 9.11 pagi dan tujuh anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi nahas.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 9.58 pagi dan mendapati sebuah lori kontena berada dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter.

“Pasukan bomba mendapati pemandu lori tersepit di dalam kenderaan dan mangsa disahkan meninggal dunia.

“Anggota bertugas kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan bantuan kren pihak swasta,” katanya.

Nurhidir memberitahu, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira pukul 12.29 tengah hari. – UTUSAN

The post Lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung, pemandu maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved