Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh
Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Image from: Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh
Irene Sofiya ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita beliau atas pemergian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri telah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar yang berlaku.

"Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.

"Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” menurut hantaran itu.

**media[3667137]**

Anwar berkata, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, media melaporkan Irene Sofiya, 16, ditemukan mati dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dibunuh, di dalam dewan sekolah menengah di Yong Peng.

Mangsa ditemukan nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, walaupun kelas tambahan sudah berakhir. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved