Erdogan sampaikan takziah kepada Dr. Mahathir – PM

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 6:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Erdogan sampaikan takziah kepada Dr. Mahathir – PM

PETALING JAYA: Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan menitipkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menyampaikan ucapan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berkesempatan berbual dengan Erdogan melalui panggilan telefon hari ini.

Katanya, selain menyampaikan ucapan takziah kepadanya atas pemergian abangnya, Idrus Ibrahim, Erdogan turut menitipkan salam takziah kepada Dr. Mahathir.

“Ingatan dan doa beliau amat bermakna buat kami sekeluarga dalam saat yang berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri kehilangan abangnya yang disahkan meninggal dunia ketika beliau dalam perjalan pulang ke Malaysia daripada lawatan kerjanya di China.

Semalam, seluruh negara pula berduka susulan pemergian Dr. Siti Hasmah yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Isteri kepada Dr. Mahathir itu meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Perdana Menteri turut memaklumkan sempat bertukar pandangan bersama Erdogan dalam beberapa isu semasa yang menjadi perhatian kedua-dua negara. – UTUSAN 

 

The post Erdogan sampaikan takziah kepada Dr. Mahathir – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved