Pelajar 19 tahun ditemukan maut dalam rumah, teman lelaki ditahan

6 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemukan maut di sebuah rumah di Air Putih di sini, awal pagi tadi, dipercayai selepas dicekik teman lelakinya susulan pertengkaran antara mereka.

Image from: Pelajar 19 tahun ditemukan maut dalam rumah, teman lelaki ditahan

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek yang juga berusia 19 tahun menghubungi pihak polis pada jam 4.32 pagi bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Menurut beliau, suspek berada di rumah terbabit ketika polis tiba sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Suspek ditahan di tempat kejadian. Siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara suspek dan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Dalam masa sama, polis akan mendapatkan keterangan daripada saksi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Polis akan merakam percakapan saksi dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” jelasnya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Kuantan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved