Myvi Bertembung Dengan Vellfire, 2 Lelaki Maut

LocalCars
1 Nov 2026 • 5:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Myvi Bertembung Dengan Vellfire, 2 Lelaki Maut

KUALA LUMPUR - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Toyota Vellfire di Kilometer 23, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), menghala ke Bukit Antarabangsa, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam apabila kereta Myvi berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, kenderaan itu dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum bertembung secara berhadapan dengan Toyota Vellfire terbabit.

“Pemandu Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu Toyota Vellfire turut mengalami kecederaan sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.

Seorang lagi penumpang kenderaan itu pula masih menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Kedua-dua mangsa yang maut masing-masing berusia 18 dan 43 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. - Getaran, 1 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved