Pelajar Perempuan Maut Ditikam Di Petaling Jaya

14 Oct 2025 • 1:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelajar Perempuan Maut Ditikam Di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya maut disyaki ditikam seorang pelajar lain pagi tadi.

Sumber: Bernama