Lelaki mengamuk bawa pisau pemotong daging ditahan polis di Ijok

LocalPolitics
13 Oct 2025 • 9:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 OKT: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan mahu menyerang orang awam dengan membawa sebilah pisau pemotong daging di Taman Jasa Ijok, Bestari Jaya dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 6 petang sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, polis mendapati seorang lelaki sedang mengamuk sambil menjerit dan memegang senjata pisau pemotong daging.

"Suspek warga tempatan itu berjaya ditahan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azaharudin berkata suspek direman enam hari hingga 18 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video kira-kira 30 saat di laman sosial memaparkan kejadian beberapa anggota polis dengan bersenjatakan pistol sedang memujuk dan menangkap lelaki berkenaan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved