Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam

14 Oct 2025 • 1:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di dalam kawasan sekolah.

“Ini satu kejadian yang amat menyedihkan. Pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Tangkapan sudah dibuat dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor,” katanya.

Baca juga:

Difahamkan, suspek yang juga pelajar Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah sebelum menyerang mangsa.

Memetik laporan Berita Harian, suspek turut menikam seorang lagi pelajar namun keadaan mangsa kedua masih belum dapat dipastikan ketika ini.